Rabu, 22 Jun 2011

TEMUDUGA....

Adussss...seram, nervous, excited dan macam-macam perasaan lagi. Hari ini..tinggal 11 hari lagi saya akan di temuduga. Sangat nervous, macam tak prepare ape-ape ek. Sijil tak sah lagi. Masa mula-mula dapat surat tawaran hari tue (8 Jun 2011, kalau tak silap)bukan main lagi...hikhik.. Sangat terharu, tak sangka dapat tawaran itu. Ingatkan dah takde harapan. MAHA SUCI ALLAH yang MEMBERI REZEKI..

SENARAI NAMA CALON UNTUK SESI TEMU DUGA BAGI JAWATAN
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 31
PUSAT TEMU DUGA : LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA, PEJABAT PENGARAH NEGERI SARAWAK, WISMA HASIL, NO. 1 JALAN PADUNGAN, 93100 KUCHING, SARAWAK.
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
MASA : 8.00 PAGI

26
NURANIZA BINTI SULAIMAN
880220526126
5 JULAI 2011

Mudahan ada rezeki di sini..ameen.. Doakan mama yer ayah, en.MUHAMMED 'AFIF BIN ISKANDAR..anak mama, AHMED 'ATHO'ILLAH BIN MUHAMMED 'AFIF..

Alhamdulillah...

Terima kasih ya ALLAH S.W.T.. Alhamdulillah, usai MAJLIS DOA SELAMAT sempena PINDAH RUMAH BARU kami di Semariang Aman malam tadi. Terima kasih buat suami tercinta, anak mama yang good boy malam tadi, buat mak, mak mertua, usu, mak yah, kak tnie, wan, faizal dan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Buat tetamu yang hadir..terima kasih sudi menziarahi teratak sederhana kami. "Tetamu datang membawa rezeki & rahmat..pulang membawa pulang dosa..."(lebih kurang gitu-gitu ayatnya kot,ayat yang selalu encik Suami cakap..hikhik..). Bagi sahabat-sahabat sekalian yang tidak berkesempatan kami jemput,maaf sangat-sangat kerana perancangan di buat 'last minute'. 'YA ALLAH....kurniakan kami keluarga yang Mawaddah wa Rahmah. Moga2,satu lagi 'amanah' ya DIKAU kurniakan buat kami sekeluarga akan kami pelihara baik-baik dengan izinMU jua Ya ALLAH...ameen'.

Khamis, 16 Jun 2011

Senyum....

Malam tadi...mama & Ahmed bersama-sama ayah menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-54 di Dewan Kompleks Islam Sarawak. Ahmed mengayakan baju oren yang di tempah khas...cee...comel.. Pada malam tersebut, ayah akan mendendangkan lagu-lagu nasyid bersama-sama sahabat2 kumpulan nasyidnya, WILDANI(betul ker ejaan nie??..hihi,main hentam jer...).. Ok,kita berbalik kepada kisah anak mama yang comel ini. Setelah puas hati dan selesa dengan tempat duduk,kami anak beranak memerhati orang lalu lalang kerana acara belum bermula. Ahmed...dari awal lagi sudah tersenyum kepada orang sekitar. Nampak kedua-dua 'sojen' nya...a...sojen tue, lesung pipit... Ya...di situlah saya belajar sesuatu dari anak mama tersayang..."SENYUM ITU SEDEKAH"... Senyumlah kepada sesiapa tanpa mengira siapa pun mereka. Tua, muda, kaya, miskin.. Kecil2 sudah menjadi inpirasi mama ya. Setelah beberapa ketika, anak mama mulai mengantuk dan hendak menyusu. Alhamdulillah,kawasan sekitar rata-ratanya kaum wanita..mudah untuk mama menyusukan ahmed. Ahmed akhirnya terlena setelah kekenyang. Namun, lenanya tidak lama..haha.. Bangun2..anak mama terus tersenyum dengan tetamu yang berdekatan. Mak cik - mak cik bersebelahan tidak melepaskan peluang untuk bermain-main dengan Ahmed. Ahmed..Ahmed...penghibur hati mama dan ayah. Bahkan menghibur hati orang-orang yang berada di sekitarnya. "TERIMA KASIH ALLAH..ATAS KURNIAAN YANG TAK TERNILAI INI". Bagi yang belum bergelar ibu, bakal bergelar ibu, telah dan sedang bergelar ibu..HARGAILAH NIKMAT APABILA DIBERI PELUANG MENJADI SEORANG IBU..MAMA..MAK..UMMI..AMMA(ade ke...bahasa hindi/tambi kot..hihi)..INDAI dan sewaktunya. Moga2 saya dan ibu di luar sana akan menjadi IBU MITHALI...ameen.. Terima Kasih juga kepada ibu saya yang banyak berkorban hingga saat ini..MARJANAH HJ YUSUF..