Rabu, 26 September 2012

BERSYUKURLAH WAHAI INSAN...

Lama sungguh saya menyepi dari dunia menulis ini yer. Seperti selalu, saya macam chipsmunk..opss, chipsmore..kejap ada, kejap takde,hihi. Al maklum, dah bertambah amanah ALLAH S.W.T. kepada saya dan encik suami. ALhamdulillah, saya selamat melahirkan my 2nd baby (boy lagi..hihi). Muhammed Ashman Shah bin Muhammed 'Afif (sempena nama Sheikh Raja Ashman). Si comel Ashman selamat lahir jam 8.26 a.m di Hospital Umum Sarawak..pada 27 Mei 2012/6 Rejab 1433H. Berat 3.01kg..now, 6.3kg..erkk..itu bulan lepas punya (masa ashman 3 bulan). Mengimbau kembali detik-detik kelahiran si Ahmed dan Ashman merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan kecuali dengan izin ALLAH S.W.T. SYABAS dan TAHNIAH wahai ibu2 diluar sana bagi yang telah melahirkan zuriat anda dan suami. Bersyukurlah kerana ALLAH S.W.T memberi kita peluang untuk melakukan pengorbanan itu. Wahai suami, hargailah isterimu. Sesungguhnya, bukan mudah untuk isterimu melahirkan zuriatmu. Ia merupakan pertarungan nyawa demi memberi kehidupan baru bagi insan yang bergelar anak. Bukan mudah untuk si isteri memikul tanggungjawab dalam mendidik amanah ALLAH S.W.T tanpamu wahai para suami. Wahai si anak, hargailah kedua ibubapamu(pesanan untuk diri ini juga). Bertapa besarnya pengorbanan ibubapa, lebih-lebih lagi si Ibu yang melahirkanmu. Sungguh, semenjak menjadi ibu ini..saya lebih sensitif dengan perasaan kedua orang tua walaupun kadangkala, tetap ada melukai hati mereka. Maafkan anakmu ini wahai ibu. Kehidupan rumahtangga ini mengajar saya untuk lebih memahami makna kehidupan. Kehidupan kita bukan semata-mata mencari kebahagiaan dunia sahaja bahkan melebihi segala-galanya. Jalannya akan lebih mudah jika kita meletakkan ALLAH S.W.T dan RASULULLAH sebagai matlamat dan tujuan utama kita. InshaALLAH, segala dugaan dan halangan akan kita lepasi dengan baik walaupun acapkali terjatuh dan tersungkur beberapa kali. Itulah kehidupan. Jika tidak ada pahit, bukanlah kehidupan namanya. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki(pesanan buat diri ini). Hargailah..bersabarlah.. Teringat dengan kata-kata ini; "BERSABAR lebih mudah dari BERSYUKUR". Anda setuju??? Kadang2, kita alpa..kita sangat sedikit bersyukur. Cuba kita hitung, pernah tak dalam sehari kita tidak merungut? Maafkan hambaMU ini ya ALLAH. Kita meremeh-remeh keutamaan yang sepatutnya kita dahulukan segala-galanya untuk ALLAH. Ampun ya ALLAH..